Lelaki Tergamak Bunuh 3 Anak, Sebelum Gantung Diri Sendiri

Share This:

Dibelenggu masalah hutang sejak isterinya meninggal dunia bulan lepas, menjadikan seorang lelaki mengalami tekanan perasaan.

Gara-gara tidak dapat mengawal dirinya, lelaki tersebut bertindak membunuh tiga anaknya di kediaman mereka di Perdana Height, Amanjaya, Sungai Petani.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berkenaan kemudiannya bertindak membunuh diri sendiri.

Mayat mereka ditemui oleh ibu tiri lelaki berkenaan pada jam 1 tengah hari selepas hairan tiga cucunya tidak turun ke tingkat bawah rumah.

Sumber memberitahu, lelaki berusia 50-an itu ditemui tergantung dalam bilik tidur tingkat atas, manakala anaknya yang berusia empat, enam dan lapan tahun di atas katil.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*