Kekasih Ajar Idris Khan Ngaji Al-Quran

Share This:

Pelakon kacak, Idris Khan yang bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis dari negara Maghribi, Sanaa Jeljalane mengakui banyak belajar perkara baik dari wanita itu.


Memetik Astro Gempak, Idris, 29 berkata wanita yang dikenalinya sejak dua tahun lalu banyak membimbingnya ke arah yang lebih baik. 


“Saya pernah meletakkan target mahu berkahwin sebelum usia 30 tahun dan syukur saya dipertemukan dengan Sanaa.

“Dia sebenarnya mampu bercakap dalam tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Perancis dan Inggeris selain perlahan-lahan cuba mendalami bahasa Melayu.

“Apabila mempunyai kelebihan berkomunikasi dalam bahasa Arab, ia banyak membantu saya untuk memahami maksud ayat suci Al-Quran dan bacaan dalam solat,” katanya.


Idris juga mengakui melalui bahasa Arab yang dipelajari itu ia memberi kelebihan dari segi pelbagai perkara.

“Apabila dia mengajar saya bahasa Arab, pengetahuan dan ilmu itu banyak membantu saya untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Selain itu, dia juga akan sentiasa ada bersama-sama saya ketika senang dan susah. Dia tahu segalanya tentang saya dan menerima saya seadanya,” katanya lagi. 


Pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2018. 

Foto: IG Idris

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*