Kari Kepala Ikan RM600, Lelaki Ini Taubat Tak Jejak Restoran Mamak Lagi

Share This:

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Faudzy Asrafudeen terkejut kerana bil makanannya mencecah harga RM600.


Status yang dimuat naiknya di Facebook menjadi tular, mendakwa harga kari kepala ikan di sebuah restoran mamak terkenal adalah terlalu mahal.

Laporan mStar Online menyatakan, harga RM600 itu adalah untuk empat mangkuk kari kepala ikan merah.


“Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati.”


Menurutnya, ini bukan kali pertama dia makan di restoran mamak tersebut kerana sebelumnya harga untuk semangkuk kari kepala ikan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.

“Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam tu.

“Saya minta pekerja di kaunter tu untuk perjelaskan. Katanya harga ikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antara RM120 dan RM150, manakala bersaiz kecil antara RM60 dan RM80.”

Foto: mStar Online

Walau bagaimanapun Fauzy tidak bercadang untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa cuma meminta agar orang ramai berhati-hati sebelu memmbuat pesanan.


“Kalau ada pelanggan nak makan kepala ikan, beritahulah jenis harga yang disediakan. Kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya. 


“Pekerja perlu perjelaskan tanpa sekadar ambil tempahan semata-mata. Jadi, kalau orang nampak harga bila nak bayar tak ada lah terkejut,” tambahnya. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*