Jual Jam Harga Rumah, Aliff Syukri Memang Meminta Dikecam

Share This:

Sebut sahaja nama Datuk Aliff Syukri, pasti semua terbayang barangan serta aksesori mewah yang sering ditayangnya di laman sosial.


Walaupun dihentam dengan kritikan dan komen negatif, Aliff tak pernah serik berkongsi apa jua dimilikinya di media sosial untuk tatapan ramai.


Dan seperti biasa, postingnya baru-baru ini yang ingin ‘melepaskan’ tiga jam mewah miliknya menjadi perhatian netizen.





Dan seperti biasa jugalah postingnya itu menjadi hencapan netizen.

“Baik beli rumah dari beli jam seketoi tu…Apa motif up kat FB pun tak tahu… Saja meminta agaknya.

“Lebih baik beli rumah sebab kami bukan orang kaya nak beli seketul jam berharga seperti membeli rumah,” antara komen netizen.


Harga sebuah jam tangan itu dah boleh dapat sebiji rumah. Wow! Mana tak marah rata-rata rakyat marhaen. Malah, mereka menganggap agak kurang sesuai barangan mewah seperti itu dijual menerusi laman sosial. Ada ke yang nak beli tu?










Foto: IG Aliff Syukri



Foto: FB Aliff Syukri



Ada juga segelintir netizen menganggap Aliff sebenarnya bukan berniat menjual jam berkenaan, sebaliknya sengaja menayang kemewahannya.


Sebelum itu, Aliff juga sudah ‘bosan’ dengan salah satu kereta mewahnya dan ingin menjualnya kepada sesiapa yang berminat.



Foto: IG Aliff Syukri

Betul juga tu Datuk. Baik jual pada orang kaya saja. Tapi, ada ke orang kaya nak pakai barang terpakai (second hand) ni?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*