Datuk Seri Vida Nyaris Kena Tipu RM30,000 Sindiket Dadah

Share This:

Jika sebelum ini kita biasanya mendengar ramai orang di luar sana diperdayakan sehingga kehilangan puluhan ribu ringgit melalui panggilan telefon, nampaknya perkara yang sama hampir terjadi kepada Datuk Seri Vida.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana semua nombor telefon yang tertera memang betul, sama ada dari IPK atau bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga tepat”

“Namun, saya mula terkejut sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalahgunakan akaun terbabit bagi aktiviti pengedaran dadah”

“Beberapa panggilan terbabit turut bertanyakan mengenai butiran peribadi, termasuk akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya kepada BH Online.

Berikutan insiden tersebut, Vida telah membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang. Sementara itu dalam masa yang sama, jutawan kosmetik ini juga turut menyeru agar orang ramai di luar sana turut berhati-hati agar perkara yang sama tidak menimpa.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*