Dah Taubat Jadi Bintang Porno, Sunny Leone Ada Cara Hadap ‘Haters’

Share This:

Bekas bintang porno, Sunny Leone kini dikatakan ‘sudah bertaubat’ dan mahu mencuba nasib dalam industri filem Bollywood.


Memiliki pakej tersendiri, memberi kesempatan kepada Sunny untuk bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi lagu Raees. Hebat.


Meksipun begitu, Sunny sememangnya sedar dia mempunyai ramai haters. Kononnya mereka ini membenci masa lampau pelakon ini sebagai bintang porno.


Menerusi satu temubual dengan The Times of India, Sunny berkata dia seolah sudah lali dengan kehadiran para haters dan tidak mahu peduli tentang mereka. 

“Saya mempunyai cara dan juga ‘senjata’ untuk menghadapi para haters ini iaitu dengan bersikap tenang,” katanya. 


Katanya lagi, dirinya terlalu sibuk untuk memikirkan tentang haters malah tidak mencuba pun untuk berlakon baik di hadapan mereka.


“Saya tidak perlu jelaskan diri saya orang baik di hadapan mereka. Ini kerana mereka tetap tidak akan percaya.”

“Itu cuma membuang tenaga sahaja dengan melawan mereka kembali. Biarkan mereka lakukan apa sahaja,” ujarnya. 

Sebelum ini ada laporan menyatakan para haters telah bertindak di luar kawalan dengan membuat onar di hadapan rumah Sunny.


Memang sukar, memadam sejarah lalu kan! Kebanyakan orang sentiasa menilai seseorang dengan masa lampaunya. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*