Cikgu Paksa Pelajar Lakukan Seks Kalau Tak Nak Gagal

Share This:

Seorang guru wanita sekolah menengah memaksa pelajarnya melakukan hubungan seks dengannya sebagai pertukaran untuk membolehkan mereka mendapat gred yang bagus.


Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Medellin, Columbia itu menyaksikan Yokasta M memperdaya pelajar dengan menggunakan ugutan seksual.


Menurut Daily Mail, Yokasta yang sudah berkahwin ditahan selepas seorang dari pelajar mengadu tentang hal terbabit pada ibu bapanya.

Foto: Daily Mail

Gambar-gambar separa bogelnya juga tersebar dengan kapsyen, “Inilah Cikgu Yokasta, yang akan menggagalkan kita sekiranya tidak melakukan seks dengannya.”


Insiden berlaku antara Januari dan April 2016 apabila Yakosta mendekati pelajar berusia 16 dan 17 tahun di media sosial.

Dia dilaporkan meminta nombor telefon mereka dengan alasan untuk membimbingnya dalam pelajaran.


Dia mempengaruhi pelajar lelaki dan menyuruhnya datang ke flat sebelum memaksa mereka melakukan hubungan seks.

Foto: Daily Mail

Jika enggan, dia mengugut untuk menggagalkan mereka dalam peperiksaan.


Yokasta kini berdepan hukuman penjara 40 tahun, malah suaminya juga mahu menceraikannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*