Baru Lapan Hari Bersalin,Bini Ronaldo Dah Ke Gim

Share This:

KEKASIH Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriquez baharu sahaja melahirkan bayi perempuan lapan hari lalu.

Namun model kelahiran Sepanyol itu sudah kembali ke gimnasium dengan memuatnaik video sedang melakukan senaman.

Malah Georgina, 23, turut menunjukkan badannya yang kembali ramping untuk tatapan pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun video tersebut mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengikutnya.

Ada diantara netizen memuji Georgina dengan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang menakjubkan.

Namun tindakannya itu turut dikritik segelintir netizen yang menganggap terlalu awal untuk dia kembali ke gimnasium.

Netizen menasihati Georgina yang baru bergelar ibu itu supaya banyakkan berehat di rumah.

Georgina turut berkongsi gambarnya bersama ahli keluarga dengan bayi perempuannya yang diberi nama Alana Martina serta anak kembar Ronaldo, Mateo dan Eva.

“Hari keluarga,” tulisnya pada kapsyen gambar itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*