Bajet 2018, Dari Mana Dan Ke Mana Hasil Kerajaan? (Bahagian 3)

Share This:

Bajet 2018 yang juga dikenali sebagai Rakyat Didahulukan ini dibentangkan dengan mengambilkira pemberian bonus, geran, penamatan kutipan tol, mengurangkan kadar cukai pendapatan dan insentif baru untuk industri kecil dan sederhana serta merangkumi semua golongan dari bayi sehinggalah kepada pesara.

Kerajaan sangat komited dalam mengurangkan defisit fiskal dengan target sebanyak 2.8% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding dengan jangkaan 3% dalam tahun 2017. Ini menunjukkan sokongan cita-cita kerajaan secara bersama-sama menggerakkan dan menyatukan kedudukan fiskal yang stabil menjelang bajet tahun 2020.

“Secara peribadinya boleh ditandakan sejarah sebagai ‘Ibu segala bajet’.”, kata Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib yang mengumumkan bajet tertinggi dalam sejarah bajet Malaysia.

Sudah tentulah peranan agensi-agensi utama kerajaan dalam melakukan tugas mengutip cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menyumbangkan jumlah terbesar daripada kutipan cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung serta hasil bukan cukai seperti dividen daripada hasil petroleum.

Berdasarkan peruntukan Bajet 2018, sebanyak RM280.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan negara. Sejumlah RM234.3 bilion adalah keperluan kepada perbelanjaan menguruskan negara. Manakala RM 46 bilion adalah untuk perbelanjaan bagi tujuan pembangunan negara.

Kita juga dapat melihat kepada peruntukan yang tinggi dalam infrastruktur memfokuskan kepada pembangunan keretapi dan penerbangan. Usaha kerajaan dalam melaksanakan projek infrastruktur utama ini adalah untuk merangsang pertumbuhan dan pekerjaan bagi jangkamasa sederhana.

Begitu juga jika dibandingkan dengan perbandingan Bajet di antara negara Asia yang lain. Malaysia merupakan negara kedua yang cekap dalam kategori negara Asia berdasarkan nisbah Bajet dan KDNK. Di sini, setiap RM4 bajet yang dibelanjakan negara akan menghasilkan nilaian RM21 KDNK.

Justeru, pemahaman dan sokongan dari rakyat tentang dari pada kewangan negara diperolehi dan ke mana perbelanjaan diperuntukkan adalah perlu bagi merealisasi matlamat kepada kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*