Apa Fungsi Sebenar Muhyiddin Di Dalam PPBM?

Share This:

Di dalam sesebuah organisasi, peranan Presiden cukup besar dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi. Di tangan Presidenlah terletaknya masa hadapan, perjalanan mahupun gerak kerja sesuatu organisasi dan ianya diamalkan di seluruh dunia. Manakala bagi Pengerusi pula, tugasnya hanyalah memantau dan tidak akan membuat sesuatu keputusan tanpa kelulusan Presiden ataupun Board of Director.

Namun, lain pula halnya di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Umum sedia maklum bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Pengerusi bagi parti ini manakala Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah Presiden. Secara normalnya, seseorang Presiden akan bergerak aktif dalam apa jua majlis ataupun perhimpunan politik.

Namun di dalam PPBM, Mahathir jauh lebih dominan berbanding Presiden partinya sendiri. Persoalannya, kenapa boleh jadi begitu? Apa peranan sebenar Muhyiddin di dalam PPBM sehinggakan segala tugas samada rasmi ataupun tidak yang melibatkan PPBM, kesemuanya dijalankan oleh Mahathir sendiri?

Sebelum ini, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, perlembagaan PPBM diceduk bulat-bulat daripada perlembagaan UMNO. Menariknya, di dalam UMNO, Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin hanya sekali sekala sahaja muncul dan kelibatnya lebih banyak disaksikan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Namun, lain pula halnya di dalam PPBM. Pengerusinya jauh lebih berkuasa berbanding Presiden sehinggakan ada yang menyatakan, Muhyiddin hanyalah sekadar tunggul di dalam PPBM. Ini kerana, segala tugasnya telah diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir sehinggakan Muhyiddin dilihat hanyalah pak pacak atau watak tambahan di dalam PPBM.

Mana mungkin individu yang telah berada di dalam arena politik selama lebih 40 tahun tidak mengetahui peranan seorang Presiden parti. Disebabkan kegagalan Muhyiddin menguruskan parti walaupun mempunyai kuasa eksekutif Presidenlah yang menyaksikan PPBM kini diambang pengharaman akibat kegagalan mereka mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama.

Malah, disebabkan kelemahan Muhyiddinlah yang menyaksikan lebih 8,000 orang ahli PPBM meninggalkan parti dengan berpuluh pejabat Bahagian parti telah ditutup. Mungkin bagi Muhyiddin, dia boleh beristirehat setelah Pengerusinya sendiri dilihat seperti orang kemaruk kuasa sehinggakan kuasa eksekutif yang ada pada Presiden parti pun diambil alih olehnya.

Namun, dari segi kredibiliti dan intergiriti, nampaknya Muhyiddin memang seorang Presiden parti yang gagal sepenuhnya. Mungkin atas sebab inilah, kelibat Muhyiddin tidak lagi diperlukan di dalam UMNO dan ditambah pula dengan sikap pengkhianatnya kepada parti yang telah menjulang namanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*