Adegan Seks Bertukar Jadi Kes Tikam Pula

Share This:

Seorang wanita warganegara China ditimpa malang apabila dirompak oleh lelaki Malaysia yang diajaknya sendiri datang ke rumah untuk melakukan seks.

Dalam kejadian tersebut, lelaki yang juga penganggur dikenali sebagai Didi Khairul Salleh Abuza, 21 mengeluarkan pisau dengan niat untuk merompak Wu Keying, 49.

Menurut laporan mStar Online, mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum ditikan di lengan dan perut.

Didi dikatakan cuba melarikan diri namun gagal kerana pintu berkunci menyebabkan dia berjaya ditahan polis yang tiba pada pukul 6.35 pagi.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan turut diarahkan untuk menerima sebatan.

Walau bagaimanapun Didi merayu ke mahkamah supaya diberikan hukuman ringan.

“Saya perlu menjaga ibu saya yang sakit, saya minta peluang kedua. Saya bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya.

DPP Kamarul Aris Kamalluddin meminta mahkamah memberi hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan Didi adalah serius.

“Mangsa cedera di perut setelah ditikam, tangannya juga cedera. Mahkamah juga perlu mengambil kira kepentingan orang ramai. Tertuduh telah melakukakan sesuatu yang serius.”

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*