Ujian Menimpa Kepada Dua Sahabat Baik

Share This:

Sepanjang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke empat, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe memang dikenali sebagai sahabat yang paling rapat dengannya. Secara kebetulan, mereka adalah sebaya dan nama mereka juga turut bermula dengan huruf yang sama iaitu huruf “M”.

Tidak diketahui adakah kebetulan ataupun suratan, apabila tiba pada penghujung usia mereka, mereka turut menerima ujian yang hampir sama. Manakan tidak, era pentadbiran Robert Mugabe selama 37 tahun boleh dianggap berakhir apabila tentera Zimbabwe bertindak melakukan rampasan kuasa walaupun dalam satu kenyataan, tentera menafikan berlakunya rampasan kuasa.

Perkembangan terbaru di Harare mendapati, parti yang diketuai oleh Mugabe, ZANU-PF telah memecat Mugabe daripada jawatannya sebagai Presiden parti dan isterinya Grace Mugabe turut sama dipecat dari jawatannya sebagai Ketua Wanita ZANU-PF berkuat kuasa serta merta.

Pemecatan ini dilihat sebagai satu langkah terbaru parti berkenaan mengasingkan Mugabe dan isterinya dan sekaligus mengesahkan bahawa Mugabe bukan lagi Presiden negara berkenaan. Hal ini disahkan oleh bekas veteran perang negara berkenaan dan orang paling dipercayainya, Emmerson Mnangagwa yang turut mengesahkan, akan membentuk satu kerajaan yang hanya memfokuskan pembangunan semula Zimbabwe pasca Mugabe.

Rakan baiknya, Mahathir pula hari ini berhadapan dengan kemelut mempertahankan kewujudan PPBM yang di Pengerusikannya. Semua ini terjadi akibat sikap alpa kepimpinan PPBM yang begitu sibuk mahu menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib sehinggakan parti berkenaan telah melanggar 3 perkara yang digariskan di dalam undang-undang ROS.

Lebih memburukkan keadaan, gabungan parti pembangkang, Pakatan Harapan juga dilaporkan sudah mula menolak kehadiran Mahathir yang turut mempengerusikan Pakatan Harapan. Hampir setiap hari, ada sahaja pemimpin Pakatan Harapan yang mendesak Mahathir supaya memohon maaf kepada kesemua mangsa politiknya dan ada pendapat menyatakan, Mahathir hanya membawa lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan untuk Pakatan Harapan.

Tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir ini dilihat hampir sama nasibnya dengan Mugabe. Cuma membezakan antara keduanya adalah, Mahathir hanya mengetuai gabungan pakatan pembangkang manakala Mugabe masih lagi Presiden Zimbabwe sebelum dia digulingkan.

Paling utama, mereka berdua berkongsi sikap menekan dan menghukum kesemua penentang politik mereka menerusi manipulasi undang-undang. Mahathir terkenal dengan menyumbat kesemua penentangnya kedalam ISA manakala Mugabe pula akan memenjarakan penentangnya selama mana yang dia sendiri mahukan. Hari ini, kedua-dua sahabat baik berkenaan berhadapan dengan tekanan yang sama. Menarik bukan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*