PKR Sedia tawar kerusi lebih pada PPBM Dan PAN, Azmin sudah jelas tolak PAS

Share This:

PAS tidak berada dalam Pakatan Harapan namun Kerajaan Selangor sekarang berasaskan kepada gabungan Pakatan Rakyat yang tidak wujud dimana PAS dilihat secara tidak tahu malu terus bertahan bersama gabungan halimunan tersebut.

Baru-baru ini PKR mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk melepaskan kerusi bagi memberi peluang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika ini, lebih 80 peratus pembahagian kerusi melibatkan parti-parti dalam Pakatan Harapan telah selesai dibincangkan.

Tindakan Azmin tersebut sekaligus mengesahkan bahawa PAS secara realitinya telah ditolak dari Selangor. Kewibawaan pemimpin PAS Selangor secara total dilihat hancur gara-gara percaya kepada penipuan Azmin.

Malah Konvensyen Amanah Selangor meluluskan usul meminta Azmin menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor. Azmin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Selangor pula menyerahkan kepada pimpinan Amanah untuk mengkaji semula penyertaan PAS dalam pentadbiran Selangor.

DAP menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat pada Jun 2015 berikutan perbezaan pendapat dengan DAP mengenai pelaksanaan hudud. Kemudian DAP menubuhkan Pakatan Harapan pula yang kini terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

PAS mengekalkan hubungan politiknya dengan PKR di Selangor, di mana pemimpinnya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.

Azmin pernah berkata Pakatan Rakyat masih wujud dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat” namun DAP secara lantang menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. PAS membiarkan pati mereka menjadi mainan DAP dan PKR.

Gabungan pembangkang mentadbir Selangor sejak 2008. PAS ketika ini mempunyai 13 Adun di Dewan Negeri Selangor, 3 exco di majlis mesyuarat kerajaan negeri, seorang timbalan speaker dan ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Akhirnya PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah. Mereka seolah-olah sanggup ketepikan soal harga diri demi kuasa. PKR pula bersedia melepaskan lebih banyak kerusi kepada PPBM dan PAN. Ini bermakna Azmin Ali secara nyata telah menolak PAS. Kini parti tersebut telah hilang kuasa dan hilang maruah di Selangor.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*