Penyokong Lang Merah Gesa KFA Buat Rombakan

Share This:

ALOR SETAR: Penyokong pasukan Lang Merah menggesa Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membuat rombakan dalam pengurusan KFA bagi mengharungi Liga Malaysia pada musim akan datang.

Pengerusi Persatuan Peminat Lang Merah (LMFA), Wan Mohd Syazwan Wan Mohd Fadzelah berkata, presiden KFA perlu membuat pembaharuan dalam pengurusan KFA terutamanya kedudukan Pengerusi Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA yang gagal melaksanakan peranannya.

“Sudah empat kali Kedah ke pentas final pada Piala FA 2017 dan tiga kali dalam Piala Malaysia pada tahun 2015, 2016 dan 2017 tetapi saya lihat beliau masih lagi gagal melaksanakan tugas beliau dalam menguruskan isu tiket ini.

“Hal ini menyebabkan penyokong Lang Merah berasa kecewa dengan sistem pengurusan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu di mana hampir 10,000 tiket yang disediakan di empat kaunter habis terjual dalam tempoh 45 minit di Stadium Darul Aman,” katanya ketika berucap di Majlis Santai Sidang Media Penyokong Kedah Anjuran LMFA di sini, Ahad.

Sementara itu, Wan Mohd Syazwan turut menyokong penuh usaha oleh Pengarah ECK Development Sdn Bhd.,Ginney Chew, yang merupakan penaja utama KFA, dalam mengadakan petisyen bagi membawa masuk bekas pengendali Kedah musim 2015, Ramon Marcote bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih yang ditinggalkan oleh Muhd Nizam Adha

“Keadaan ini merupakan satu tindakan yang positif dan proaktif daripada penaja utama yang sudi mendengar keluhan dan kemahuan penyokong Lang Merah ini,” katanya. – Bernama

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*