‘Pengebom Berani Mati’ Ini Kena Denda RM400

Share This:

Akibat memakai kostum ala pengebom berani mati, seorang lelaki warga Yaman didenda RM400 dan reman selama seminggu.

Memetik laporan Berita Harian, lelaki itu mengaku bersalah berpakaian ala pengebom  berani di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya.

Amjad Jalal Ahmed Al-Dahan, 34 yang kononnya mahu menyambut Halloween dituduh melakukan mudarat awam dengan memakai kostum berkenaan di sebuah kondominium di Damansara pada 28 Oktober lalu.

Dia yang merupakan seorang perunding teknologi maklumat dituduh bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400.

Penguamnya memohon agar hukuman diringankan dengan mengambil kira anak guamnya telah direman seminggu dan memohon maaf.

Namun, timbalan pendakwa raya Norazlina Razali memohon tertuduh dikenakan hukuman sebagai pengajaran kepadanya dan juga masyarakat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*