Kongsi Gelap Myanmar Culik, Rogol Wanita Beramai-Ramai

Share This:

Azab seorang wanita apabila diperkosa oleh sekumpulan kongsi gelap Myanmar di dalam sebuah rumah di Selayang, Selangor.

 
Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 28 tahun diculik enam lelaki di rumahnya menggunakan dua kenderaan Perodua Alza.
 
Anak lelaki mangsa berusia lima tahun dikurung dalam keadaan kaki dan tangan diikat.
 

 

Sumber polis berkata, “Hasil maklumat yang diterima, mangsa diculik enam suspek berusia 30-an kerana suaminya enggan membayar wang perlindungan RM3,000 sebulan bagi mengelak diganggu sekumpulan samseng.”
 
Selain itu, mangsa turut dipukul dan dibogelkan sebelum dirogol beramai-ramai secara bergilir sehingga pengsan.
 
Walau bagaimanapun mangsa berjaya melarikan diri ketika supek sedang tidur yang kemudiannya bertindak menghubungi bapa saudaranya untuk bantuan.
 

Laporan dibuat di Balai Polis Dengkil dan polis kini sedang menjalankan penyiasatan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*