Kemiskinan Dapatkan Kemudahan Kesihatan Bukan Satu Halangan Lagi Bagi Rakyat Terengganu

Share This:

 

Kemiskinan bukanlah lagi satu halangan rakyat Terengganu untuk mendapat kemudahan kesihatan kerana keperihatinan Kerajaan Negeri dengan menyediakan satu perkhidmatan dengan kemudahan berkaitan.

 

“Proses permohonan untuk Tabung Darul Iman (TDI) yang dipohon jangan melebihi 15 hari bekerja”,jelas Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman”.

 

“Jika permohonan itu melebihi 15 hari, kita akan melihat semula apa yang berlaku dan dimana peringkat seterusnya”, ujarnya.

 

Selain itu, Kamarudin Che Lan bapa kepada Nur Faizan yang telah menerima bantuan TDI dan beliau mengucapkan terima kasih kepada MB Razif dan juga kerajaan negeri.

 

Katanya, bantuan ini banyak membantu meringan beban beliau dan keluarga yang bekerja kampung ketika ini.

 

Sehubungan dengan itu juga, Mohamad Zin Mahmod, 75 pesakit strok (ahmar) telah menerima bantuan dari TDI sejak 3 tahun lalu dimana dibekalkan lampin pakai buang dan juga susu setiap bulan.

 

Menurut anankanya, Nora Mohamad Zin beliau bersyukur sangat dengan adanya bantuan seperti ini kerana dapat membantu menampung kos perbelanjaan terhadap bapanya.

 

sumber:terengganutimes

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*