Insentif Kecemerlangan UPSR 2015 : Penyiaran Fitnah Siber PAS

Share This:

 

 

Tular mengatakan pemilik akaun facebook Alias Razak berkaitan pemberian anugerah kecemerlangan pendidikan UPSR pada 2015 dengan jumlah RM500 dalam bentuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di dalam group FB milik Pas iaitu Gabungan Anak Terengganu (GATE) yang terkenal dengan penyiaran isu-isu fitnah.

 

Menurut sumber,jelas, status tersebut adalah tidak benar dan fitnah yang berterusan terhadap Kerajaan BN Terengganu.

 

Katanya, pemberian itu telah diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika itu (2015) telah pun diselesaikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan juga SSPN.

 

Alias Razak turut mengecam dengan kata-kata bahawa MB Razif ‘kuat lebong’ (penipu) kerana anak beliau tidak lagi menerima sijil simpanan tersebut dari SSPN.

 

Menurut sumber Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), perkara tersebut telah diselesaikan sudah lama dan semua penerima telah mendapat bayaran sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.

 

Tambahnya, mengapa Alias Razak tidak menghubungi pihak JPNT dan PTPTN yang menyelaras perkara itu dan bertanya dimana status perkara berkaitan.

 

Sehubungan dengan itu, sumber dari pihak PTPTN pula berkata dan mengesah bahawa semua pembayaran sudah dibuat pada awal mac 2016 serta jumlah penerima seluruh Terengganu seramai 2500 orang pelajar dan sekiranya ada yang tercicir dari senarai yang diberikan boleh berhubung dengan pihak PTPTN di talian 09-6233353 atau terus ke pejabat PTPTN Cawangan Negeri Terengganu di Tingkat 3, UTC PB Square Kuala Terengganu.

 

sumber:terengganutimes

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*