Income Tax Dan Kastam Berganding Tenaga Dalam Gerakan Pematuhan Cukai

Share This:

Pada 16 November 2017 termeterai satu perjanjian di antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Dalam Perkongsian Maklumat bersama bagi memperkukuh, memajukan dan membangunkan kerjasama serta bantuan ke atas perkara berhubungan setiap pihak dalam menjalankan bidang kuasa kedua-dua pihak.

Majlis yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Kewangan ll ini memperlihatkan Memorandum Persefahaman Kerjasama (MoU) ini dapat memperkukuhkan persefahaman dan komunikasi bersama dengan lebih berkesan di antara dua agensi utama kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab dalam merealisasikan hasil kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pelaksanaan Memorandum Persefahaman Perkongsian Maklumat bersama ini akan disasarkan di seluruh negara. Bagi menjayakan pelaksanaan program ini, Jawatankuasa Induk Perkongsian Maklumat yang dianggotai oleh pengurusan tertinggi kedua-dua agensi dan Jawatankuasa Kerja Teknikal telah ditubuhkan bertujuan mengkaji skop perkongsian, aspek perundangan dan kaedah perkongsian.

Program kerjasama dalam perkongsian maklumat ini dicetuskan di bawah kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang digerakkan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan. LHDNM dan JKDM berharap untuk membina satu rangkaian perkongsian maklumat antara agensi kerajaan bagi meningkatkan pelaksanaan operasi kerja dengan lebih berkesan.

Dato’ Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia menegaskan bahawa MoU dalam perkongsian maklumat bersama ini dapat meningkatkan prestasi JKDM dalam peningkatan hasil. Beliau menyatakan bahawa sehingga Oktober 2017, JKDM telah berjaya menyelesaikan sebanyak 7537 fail yang melibatkan penyelesaian tuntutan hasil GST dan Duti Import berjumlah RM 695.788 juta.

MoU ini membolehkan JKDM mendapatkan maklumat daripada LHDNM seperti Borang B (Pendapatan Perniagaan, Borang BT (Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan lain), Borang M (Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan lain), Borang C (Syarikat) dan borang lain seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah dan Cukai Pegangan.

Menurut Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, MoUini membolehkan LHDNM memperolehi maklumat spesifik yang terdapat dalam Borang GST01, GST03 dan GST04 serta maklumat-maklumat lain yang berada dalam kawalan JKDM. Maklumat dan data ini kemudiannya akan membantu proses padanan data (data matching) serta analisis bagi mengenalpasti pembayar cukai berpotensi, pemilihan kes audit dan siasatan serta meningkatkan pematuhan pemungutan cukai.

Mengulas mengenai keberkesanan Taskforce CIA menerusi inisiatif perkongsian maklumat dengan JKDM ini, Dato’ Sri Sabin memaklumkan sehingga 30 September 2017, LHDNM berjaya menyelesaikan sebanyak 17,454 kes melibatkan amaun penyelesaian cukai berjumlah RM 789.851 juta.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*