Golongan Ahmadi Tetap Dakwa Diri Muslim Walau Difatwakan Kafir

Share This:

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

Golongan Ahmadi ini tetap mendakwa diri mereka sebagai Muslim walaupun undang-undang negara Pakistan tidak menerima mereka sebagai penganut agama Islam.

 

Menurut laporan yang dipetik daripada Free Malaysia Today, golongan Ahmadi dilarang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim kerana kepercayaan mereka yang menghina Islam.

 

Walaupun golongan Ahmadi menganggap diri mereka sebagai orang Islam akan tetapi pada masa yang sama, mereka mengiktiraf pengasas ajaran ini yang berasal dari India iaitu Mirza Ghulam Ahmad dan menganggap beliau sebagai seorang Nabi bawahan.

 

Golongan Ahlu Sunnah melihat perbuatan ini sebagai sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dan percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah utusan Allah yang terakhir.

 

Kerajaan Pakistan telah mengiklankan dalam akhbar utama dengan tegas di mana pegawai yang dipilih perlu berikrar bahawa mereka tidak akan mengikuti mana-mana pihak yang mendakwa sebagai Nabi selepas Muhammad S.A.W. dan tidak tergolong dalam kumpulan Qadiani (Ahmadi).

 

Menurut sumber,sebelum ini ,di Malaysia jawatankuasa Fatwa kali 4/98 dikatakan memutuskan dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Undang-Undang / Fatwa 1975 iaitu :Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya.

 

Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama”-ulama” Islam serata dunia.

 

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

 

Qadiani

1.Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.

2.Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.

3.Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.

4.Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

5.Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a)beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);

(b)beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;

(c)beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;

(d)menghapuskan jihad;

(e)mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;

(f)mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;

(g)mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;

(h)mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;

 

Justeru,setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah Murtad (keluar dari Ugama Islam ) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat mengikut undang-undang.

 

Dalam keputusan itu, undang-undang boleh melucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah keluar dari erti Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dibawah fasal 160 tafsir.

 

Malangnya,kini semakin banyak ajaran sesat, ekstremis agama, liberalisme, pluralisme, sekuralisme dan jika tidak dibendung bakal mengancam keselamatan serta keamanan negara.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*