Fazura,Fattah Amin Sah Nikah 14 November lalu

Share This:

 

Baru-baru ini ramai yang tertanya-tanya adakah pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, sudah diijab kabul berikutan kenduri yang telah diadakan di rumah nenek Fazura minggu lalu bukan sekadar kenduri doa selamat.

 

Namun,pasangan itu dikatakan bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

 

Menurut sumber Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor sebelum pasangan itu berangkat ke Mekah.

 

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan laporan pasa­ngan berkenaan dikatakan telah berkahwin dalam majlis tertutup sekitar 12.30 tengah malam, 14 November lalu.

 

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura, pasa­ngan itu sah menjadi suami isteri dalam majlis yang penuh sederhana.

 

Bagaimanapun, pasangan berkenaan yang mengunci mulut mereka berjanji akan mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar pada 23 November ini.

 

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fattah-fazura-curi-tumpuan-di-mekah-1.556428

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*