Fathia Tak Serik!Datang Lambat 5 Jam,Keadaan Tak Terurus

Share This:

Pelbagai kontroversi dan juga cerita kurang enak dikaitkan dengan pelakon Fathia Latiff sejak akhir-akhir ini.

 
Ada sahaja perkara yang menyebabkan namanya menjadi sebutan orang, namun yang pasti bukan kerana perkara baik, tapi sebaliknya. 
 
Disebabkan itu, ada juga netizen yang melabelkannya sebagai artis paling bermasalah bagi tahun 2017. Berat tu!
 
Terbaru, pelakon cantik ini dikatakan telah ‘buat hal’ apabila tiba lewat ke set penggambaran. Bukan sekejap tapi dilaporkan sehingga memakan masa lima jam, petik Astro Gempak. 
 
“Aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul. Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. 
 
“Hadoo dia angkat! Akhirnya dapat dihubungi tetapi jawapan standard, on the way, on the way, on the way. Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab ada sesi FB Live. Tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!”
 

Begitulah antara yang dilaporkan menerusi kolum Miss K dalam portal Astro Gempak mengenai sikap Fathia ini. 
 
Kata sumber itu lagi, sudahlah lambat tiba, Fathia juga dilihat tidak terurus dan juga kurang bermaya. Apa sudah jadi?
 
“Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?”
 

Foto Carian internet

Apa pun, kita doakan moga pelakon kesayangan ramai ini mampu menjernihkan keadaan dan kembali memenangi hati para peminat dan juga mereka yang sering bekerja dengannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*