Diana Danielle Mengamuk Mainan Anak Rosak

Share This:

Pelakon Diana Danielle sememangnya sangat mementingkan dan juga mengutamakan anak-anaknya. 


Jika sebelum ini anaknya Muhammad (Chemad) menjadi viral kerana dikatakan sangat berbakat selepas muncul dalam iklan produk Lifebouy.


Namun, kisah kali ini adalah berkaitan anak keduanya iaitu Nur Aurora. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Diana meluahkan rasa kesal dan juga kecewa selepas barang mainan anaknya itu didapati rosak hanya selepas dua jam dibeli. 

Siapa yang tidak berasa marah dan juga berpuas hati, bukan? Diana berkata dia mengambil tindakan dan tidak membiarkan perkara tersebut begitu sahaja. 


Isteri kepada Farid Kamil ini telah menghantar laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan hal itu. 


“Saya tidak mahu perkara yang sama terkena kepada orang lain. Saya menyuarakan kejadian ini agar ada pihak yang mendengar dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu kami sebagai pengguna.

“Ramai yang menasihatkan saya supaya melaporkan perkara ini kepada pihak KPDNKK sebagai susulan daripada kenyataan saya di akaun Instagram.

“Buat masa ini belum ada sebarang tindak balas daripada pihak berkenaan memandangkan saya baru sahaja menghantar laporan tersebut malam tadi,” ujar Diana menerusi Utusan Malaysia.

Foto IG Diana

Dalam pada itu, Diana berkata pemilik kedai enggan memulangkan wang sebaliknya cuma dapat menukar barang permainan itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*