DAP Adalah Musuh Politik Melayu Islam Yang Nyata

Share This:

Rakyat di negara ini diingat bahawa semua manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang sepertimana diumumkan hari ini bukanlah suatu janji sebaliknya hanya retorik semata-mata.

PRU 13 telah membuktikan segalanya, semua janji yang dikatakan kepada rakyat hanya  halwa telinga semata-mata, hanya untuk mendapatkan sokongan melalui fitnah dan begitu juga penambahan janji untuk menghadapi PRU14 akan datang.

Menurut sumber, rekod menunjukkan bahawa apa yang dicanang menerusi manifesto mereka sebelum ini tidak ditunaikan walaupun mereka berjaya menjadi pemerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan banyak bantuan kepada hampir seluruh golongan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan untuk pelajar sekolah, baucar buku dan lain-lain, walaupun ia tidak pernah dijanjikan sebelum ini.

Perkara ini amat jelas menunjukkan pembangkang berjanji tetapi mereka tidak melaksanakannya sebaliknya BN tidak berjanji tetapi buat. Bantuan-bantuan seperti BR1M dan lain-lain tiada dalam manifesto BN sebelum ini tapi kita berikan kepada rakyat.

Agar ramai anak bangsa tersedar dari mimpi yang disangka indah itu. Satu perkhabaran lagi untuk renungan kita bersama ke mana halatuju DAP. Adakah ia akan menguntungkan bangsa Melayu apa lagi Penganut Islam?

Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung.

Lagipun DAP dan PKR serta PPBM dan PAN  ada banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”

Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa. Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.

Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.

Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.

Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PKR, PPBM dan PAN  di dalam Pakatan Rakyat? Walhal PKR , PAN, PPBM telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?

Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAN dan PPBM. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAN, PPBM tidak serius untuk membela isu berkaitan dengan Islam.

PPBM , PKR , PAN serta DAP telah menggunakan Perlembagaan  sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna Pakatan Harapan  ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, Pakatan Harapan  boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.

Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAN dan PPBM  tidak mungkin menentang DAP dan keinginan mereka yang tamakkan kuasa dan mempunyai agenda tersendiri dan semua pemimpin  tiada maruah belaka.

Melihat kepada apa yang berlaku PPBM akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.

Oleh  itu rakyat perlu melihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi  semata-mata . Kenyataan demi kenyataan dibuat serta dilihat kekecamukan dalaman  lebih menunjukkan ketidakyakinan Pakatan Harapan  dalam menghadapi pilihanraya kali ini.

Pakatan Harapan  sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak setelah banyak isu penyelewengan dilakukan dengan menggunakan dana rakyat serta  isu keperluan rakyat serta kebajikan rakyat yang telah diabaikan selama dua penggal ini.

Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai dan terus menukar lokasi bertanding ke Permatang Pauh dan Lim Kit Siang juga  terus mengorak langkah lari dari Gelang Patah ke Jelutong Pulau Pinang.

Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Pakatan Harapan akan menggunakan media asing untuk memburukkan Negara dalam Pilihanraya nanti serta akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.

Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung dan  boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.

Namun, dengan segala rahsia percaturan politik Pakatan Harapan semuanya ditangan DAP sahaja., Kita tahu bahawa gabungan ini akan direalisasikan  dengan persetujuan DAP dan kelulusannya hanya ada pada DAP dan bukan PKR, PAN atau PPBM walaupun jika ada Anwarr sekarang..

Ini kerana, walaupun PKR atau PPBM berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Guan Eng dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR , PAN , PPBM dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.

Jika takdir menyebelahi bangsa Melayu dan Islam , akan ramai diantara mereka tersedar dari khayalan dan mimpi yang bakal memusnahkan mereka kelak. Mimpi yang selam ini dijanjikan oleh DAP dengan angan angan yang indah tetapi musnah.

Menghalang kemaraan DAP dan niat tersembunyi mereka amat penting agar orang Melayu dapat membuka minda dan bertindak mengikut akal waras bukan gelojak nafsu serta dendam. Dalam lain maksud, Islam mesti bersatu jika inginkan kejayaan.

Andai kata tiada ancaman DAP serta sekutu mereka atau yang memihak serta sedia melaksana agenda tersembunyi mason/jesuits, kita bebas memilih sesiapa sahaja asalkan Melayu Islam untuk mentadbir negara. Siapa sahaja tetapi bukanlah yang besifat munafik dan hipokrit.

Sementara menanti kebangkitan sebenar Islam akhir zaman. Dalam masa yang sama wajib kita berusaha agar dapat menghalang niat Zionis/Amerika menghuru-harakan negara sebagaimana di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Ini adalah harapan generasi akan datang untuk membina kelompok dinamik berstatus pejuang tulin seiring dengan matlamat aghenda bangsa dan agama serta negara. Kita wajar membina landasan untuk terus meniti membina satu peradaban bangsa yang berdaulat.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*