Coleman Pengurus Baharu Sunderland

Share This:

CHRIS Coleman diumumkan sebagai pengurus baharu Sunderland.

Coleman menjadi pengurus kesembilan dalam tempoh enam tahun di Stadium of Light selepas gagal memncapai kata sepakat bersama Wales FA.

Coleman bakal berdepan dengan percaturan perlawanan pertamanya pada Selasa ini bertemu Aston Villa.

“Seseorang perlu mengubah keadaan kelab ini. Cepat atau lambat kelab ini akan kembali memanjat, bermain di depan penyokong penuh. Saya mahu menjadi diri sendiri,” jelas Coleman.

Pengurus berusia 47 tahun itu yakin skuadnya akan bekerja keras dan menunjukkan potensi untuk mencapai kejayaan.

“Saya percaya setiap orang dalam kelab ini. Pemain, penyokong akan menjadi tulang belakang untuk kembali di tempat asal. Banyak kerja yang perlu dilakukan,” tambahnya.

Coleman menjadi orang penting bagi Wales ketika Euro 2016 dengan membawa pasukan itu mara ke separuh akhir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*