Beach Wedding Juliana Evans Dicemuh

Share This:

Majlis resepsi pelakon cantik Julia Evans dan pasangannya Y.A.M Tengku Shariffudin yang berlangsung di The Andaman, Langkawi baru-baru ini memang meriah betul.


Bertemakan beach wedding, nampak sangat eksklusif dan cantik. Berseri betul muka Juliana!

Foto: IG Juliana Evans

Gmabar-gambar yang dimuat naik di laman Instagram dengan tujuan untuk berkongsi kegembiraan, bertukar sebaliknya bila ramai netizen yang mencemuh.


Sekali pandang macam perkahwinan penganut agama Kristian katanya. Apatah lagi bila Juliana menggayakan gaun putih yang didakwa agak seksi .



Foto: IG Juliana Evans

Ditambah pula bila melihat gambar bapanya memegang tangan Juliana sambil berjalan, sama seperti perkahwinan di gereja.

Foto: IG Juliana Evans

“Kenapa tak bawa sekali paderi, barulah ngam upacara kafir ni”
“Mana gambar cium mulut, takkan tak ada dah alang-alang macam ni?”
“Tak malu betul artis sekarang, agung-agungkan Barat.”



Walau bagaimanapun masih ramai lagi yang berpendapat ianya tidak menjadi kesalahan memandangkan dia memang berdarah kacukan. Sebelum ini juga dia sudah sah dinikahkan mengikut syariat Islam.



Apa pun semoga berbahagia buat pasangan merpati dua sejoli ini. Tabahlah, tiada siapa pun yang mampu memuaskan hati semua orang kan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*