Aktivis LGBT Seru Hentikan Terapi Bagi Mengubat Golongan Sonsang

Share This:

 

Seorang aktivis LGBT yang berpangkalan di UK, Bisi Alimi menyeru kepada semua negara untuk menghentikan segala jenis terapi untuk mengubat golongan LGBT.

 

Aktivis LGBT yang berusia 42 tahun dari Nigeria itu menentang semua usaha untuk merawat pengamal gay menggunakan terapi yang melibatkan psikoanalisis, suntikan dan renjatan elektrik.

 

Menurut laporan Reuters, Bisi menganggap terapi ini sebagai satu bentuk penyeksaan dan tidak perlu dilakukan serta golongan LGBT perlu diterima seadanya.

 

“Perubahan tidak akan berlaku kecuali apabila masyarakat sedar yang diseksa (dengan terapi pengubahan) itu juga merupakan seorang manusia,” dakwa Bisi lagi.

 

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan keputusan undian rakyat Australia apabila hampir 62 peratus daripada 12.7 juta penduduk yang menyertai pungutan suara menyokong perkahwinan songsang, manakala Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berjanji akan meminda undang-undang bagi membenarkan perkahwinan sejenis itu menjelang sambutan Krismas tahun ini.

 

Manakala di Malaysia, nilai-nilai Islam masih menguasai masyarakat Melayu Islam. Amalan LGBT ini tersembunyi dan gerakan mereka adalah tertutup dan terhad pada tempat tertentu sahaja kerana mereka tidak mendapat dokongan ‘politik’ dalam sebarang bentu.

 

Persoalannya, adakah tindak-tanduk pemimpin DAP yang dikatakan sebelum ini pernah terlibat dalam aktiviti seperti megadakan kempen dan iftar gay dan berjuang untuk golongan gay sedemikian menimbulkan persoalan sama ada Pakatan Harapan (PH) boleh diharap dalam menjaga kesucian agama Islam ,apabila semakin ramai yang tampil ke depan untuk mengakui bahawa diri mereka LGBT,maka pengamal LGBT akan berasa selamat apabila disokong yang akhirnya mereka mahu undang-undang perkahwinan sejenis itu diadakan.

 

Justeru,bolehkah parti yang diharapkan akan memperkasakan Islam dan menjaga kesuciannya di dalam suasana seperti hari ini?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*