PPBM  Bakal Menerima Nasib Seperti PAS

Share This:

Rentak politik yang sama dimainkan oleh pemimpin Pakatan Harapan sebagaimana  ketika mereka bersama PAS satu masa dahulu. Kehadiran PAS disambut dengan jamuan dan keraian yang begitu hebat sehingga  kita melihat PAS adalah  sebuah parti yang dihormati DAP.

Berbagai  cara sokongan dan promosi dilakukan untuk PAS ketika itu untuk menarik seberapa banyak orang Melayu  masuk bersama kelompok PAS dan meninggalkan UMNO  dan barisan Nasional sebagi sebuah parti yang dipercayai rakyat.

Semua itu sejarah  silam  dan kita dapat melihat bagaimana setelah PAS membantu DAP dalam sokongan undian dalam PRU 12 dan PRU 13 , Pada ketika ini  rakyat melihat bagaimana  DAP mula mencari masalah untuk menyingkirkan PAS.

Pelbagai masalah ditimbulkan dengan mencampuri urusan dasar perjuangan PAS yang dikatakan berteraskan Islam kononya dipertikaikan oleh DAP. Hari demi hari isu dibangkitkan seolah olah PAS langsung tidak memberikan kerjasama dalam Politik Pakatan.

DAP setelah berjaya meletakkan kaki dan mencengkam kuku mereka  serta berjaya  mendapatkan dua buah negeri, PAS mula dipinggirkan , dihina dan dianggap rakan yang  curang dalam politik DAP. Akhirnya PAS disingkirkan.

Bagi DAP mereka bukan mahukan PAS  tetapi mereka hanya mahukan sokongan kertas undi sahaja, Dasar perkauman yang menjadi amalan DAP tidak pernah luput dari  agenda bangsa mereka.  Tetapi dengan kebodohan bangsa Melayu Islam dalam politik telah mengubah segalanya.

Setelah itu PAS dipecahkan kepada dua bahagian malah  pemimpin yang satu ketika dahulu amat lantang dalam perjuangan PAS telah keluar dan menubuhkan  PAN sebagai sebuah parti Balaci yang menyokong segala dasar DAP.

Sekarang perkara yang sama sedang berlaku didalam PPBM yang mana  kecelaruan politik dalaman yang sedang dihadapi dengan pembubaran beberapa buah  bahagian  dan cawangan  yang mana  sebilangan besar daripada mereka menyatakan  tidak ada kepercayaan terhadap Mahathir.

Perkara ini telah ditambah pula dengan kehadiran ARMADA yang mana dikesan tidak ada dalam Perlembagaan PPBM. Rata rata penyokong PPBM sekarang sudah  menyedari bahawa mereka sedang dipergunakan oleh Mahathir.

Hal ini dapat dilihat dengan berbagai alasan dikeluarkan untuk menyakinkan  penyokong bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah agenda pihak Barisan Nasional. Namun demikian  kita sedar bahawa semua ini adalah agenda DAP sebagaimana sejarah yang lalu.

PPBM sememangnya tidak diperlukan didalam DAP atau Pakatan Harapan. Kehadiran PPBM hanya  untuk mendapatkan sokongan melalui populariti Mahathir sahaja. Ini tujuan DAP dan bukan kerana kepentingan parti berbilang kaum yang  hanya retorik  dalam politik DAP.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan  kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah yang mengatakan bahawa Pakatan  Harapan tidak menjadi masalah apabila atau Jika PPBM dibubarkan oleh ROS. Agenda jahat Pakatan Harapan makin terserlah.

Pakatan Harapan (Harapan) bersedia dengan kemungkinan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibatalkan menjelang PRU14.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

“Tidak ada masalah…Jika ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (ROS) buat masalah dengan DAP.

“Kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh; Adun Semambu Lee Chean Chung dan Adun Teruntum Sim Chon Siang.

Bersatu berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan ROS kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan Bersatu supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah berkata beliau yakin dengan kepimpinan parti itu dalam membuat keputusan terbaik.

Pada PRU13, DAP berdepan kemungkinan logo ‘Roket’ tidak boleh digunakan dalam pilihan raya selepas pendaftaran parti itu mungkin terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa pemilihan parti pada 15 Disember 2012.

Semasa itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo Pas di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, pada 18 April 2013, ROS mengesahkan bahawa DAP masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*