Jururawat ‘Kantoi’ Bergelak Ketawa, Pesakit Meninggal Dunia

Share This:

 

Rahsia sikap jururawat ketika veteran Perang Dunia Kedua itu meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan itu terbongkar apabila rakaman CCTV menunjukkan sekumpulan jururawat dilihat bergelak-ketawa ketika veteren itu meminta bantuan daripada mereka.

 

Menurut sumber,kakitangan di situ sepatutnya memakaikan topeng oksigen ketika James Dempsey, 89, yang lemah mengalami masalah untuk bernafas.

 

Tetapi kamera yang disembunyikan menunjukkan beberapa kakitangan bergelak-ketawa apabila mesin pernafasan gagal berfungsi dan pesakit berkenaan tidak sedarkan diri.

 

Salah seorang jururawat dikatakan melakukan enam tekanan dada tetapi kemudian memutuskan untuk berhenti melakukannya.

 

Kakitangan di Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi Atlanta Timur di Georgia, Amerika Syarikat, itu menunggu sejam sebelum memanggil perkhidmatan kecemasan pada pagi 27 Februari 2014.

 

Keluarga Dempsey menyangka dia meninggal dunia secara semulajadi, tetapi mujurlah mereka memasang kamera tersembunyi di dalam bilik rawatan kerana anaknya, Tim bimbang bapanya dianiaya atau tidak menerima rawatan sepatutnya.

 

“Kami hanya akan fikir ajalnya telah sampai dan segala usaha menyelamatkan nyawanya telah dilakukan sehabis baik dan dia meninggal dunia semasa tidur,” kata Tim kepada Channel 2.

 

“Anda tidak akan terfikir bahawa ada orang yang akan membiarkan begitu saja seseorang itu mati.”

 

Melihat rakaman itu,dia berasa apa yang berlaku terhadap bapanya adalah satu ‘kejutan dan kekecewaan’.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*