DAP Gunakan Kaedah Kayu Bersilang Keatas Orang Melayu

Share This:

Seumpama kayu bersilang , maka api akan dapat dinyalakan, itu lah kaedah yang digunakan oleh DAP untuk melancarkan keraguan kepercayaan orang Melayu terhadap kepimpinan Melayu. Pandangan dan fahaman yang songsang diletakkan sebagai asas untuk memutar belitkan fakta kejadian.

Hasil daripada itu kita dapat melihat bagaimana sesama bangsa Melayu  berpencak bersilat  dan menjadikan persilangan pendapat dan tujuan sebagai penyebab untuk menunjukkan siapakah yang sebenarnya  ada dalam perjuangan.

Percangahan ini  secara terusnya menyebabkan mereka lupa bahawa mereka diletakkan oleh rakyat dalam politik sebagai pemimpin untuk membela nasib rakyat dan telah berubah sebagai pemimpin yang membela pandangan bagi pihak yang lain.

Dalam erti kata yang lain, pemimpin Melayu yang ada sekarang dan bukan semuanya  telah terpesong dari amanah yang diberikan. Setidaknya DAP telah berjaya meletakkan kelompok ini dalam keadaan yang berbeza dari matlamat asalnya.

Hal ini akan memudahkan lagi DAP untuk meneruskan agenda yang telah dilafazkan 52 tahun yang lepas untuk merobohkan kekuatan bentang ketuanan Melayu yang kini sedang diperjuangkan oleh orang melayu yang berada didalam Pakatan untuk diletupkan dan dirobohkan.

Keruntuhan  Kota Melaka denga kekuatan pertahanan yang hebat  satu ketika dahulu berjaya dirobohkan apabila pihak Portugis menggunakan orang Melayu sendiri sebagai pembuka pintu kota dan membuka laluan dan kekuatan pertahanan kepada pihak musuh.

Sekarang ini sedang dilakukan. Kelemahan dan kekuatan Barisan Nasional sedang dibuka oleh tangan tangan Melayu yang telah bersilang pandangan  dan mengharapkan agar UMNO serta ketuanan Melayu dapat dirobohkan dan mengwujudkan satu gelombang kebangkitan yang bertuankan DAP.

Dari satu segi yang lain pula penyerapan ideologi dan pendapat yang amat hebat diserapkan ke dalam minda pemimpin bersilang ini sehingga menimbulkan perasaan taksub bahawa diri sendiri sahaja yang benar dan orang lain silap semuanya, apatah lagi jika ada isu yang berkaitan  sesama Melayu terheret kepada keadaan yang lebih konfrontasional dan mengancam.

Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah tentang peri pentingnya memugar atau memulihkan kembali semangat nasionalisme Melayu memandangkan betapa umat Melayu pada ketika ini berada dalam keadaan keterancaman akibat kemunduran dan ketercicirannya.

Kemunduran dan ketercicirannya orang Melayu bukan  diukur kepada harta dan kemiskinan atau  hebatnya dia dalam satu satu perkara bidang, tetapi ianya diukur melalui semangat nasionalis nya  dan jati dirinya untuk bangsa Melayu.

Mungkin rakyat sedang melihat betapa sikap mempercayai musuh Melayu iaitu DAP  seolah olah sedang menjadi tuan kepada mereka, DAP yang satu ketika dahulu yang mengamalkan dasar perkauman kini sedang disanjung hebat oleh pemimpin yang begitu hebat didalam kerajaan satu ketika dahulu.

Sengketa sesama Melayu tentunya merugikan bangsanya itu sendiri dan dikhuatiri akibat sengketa tersebut, ”bumi Malaysia ini kelak akan menjadi milik mutlak bangsa asing”.

Sekiranya ini berlaku, spesies Melayu akan pupus dan lenyap di tanah tumpah darahnya sendiri. Ketikan ini senyuman yang manis beracun akan kita terima dari pemimpin DAP yang bakal mengubah landskap politik Negara ini.

Dasar perjuangan DAP yang amat jelas iaitu  untuk menjadikan Melayu itu sebagai bangsa kelas ketiga adalah benar. Menjadikan satu bangsa yang bukan wujud kerana hak hak dan kepunyaan mereka tetapi wujudnya satu bangsa Melayu yang dikatakan mempunyai tetapi tiada kuasa.

Secara jelasnya , DAP melihat ketuanan Melayu yang ada itu adalah kekuatan yang perlu dirobohkan dan  ianya mesti dirobohkan sedaya mungkin. Kalaulah isu keistimewaan atau ketuanan Melayu ditimbulkan oleh pihak lain tidak apa, tetapi ini dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Tujuan mereka, kononnya ingin menunjukkan keterbukaan dan merekalah pejuang kepada semua kaum. Tetapi mereka lupa dalam keterbukaan itu lah yang  sedang membunuh kedaulatan Islam, Kedaulatan Melayu serta  Perlembagaan Negara.

Semua perkara diatas amat diingini oleh DAP sebagai pembuka jalan  dan pagar berkunci untuk dimasuki dengan  pertolongan Melayu yang kini berada didalam  DAP sekarang. Tindakan mereka dengan  sengaja  ini melupakan bagaimana tindakan tersebut jika tidak dibendung boleh menyebabkan satu masa nanti orang Melayu sudah tidak ada apa-apa lagi di bumi sendiri.

Melayu harus sedar bahawa jika dibiarkan bangsa (Melayu) akan menghadapi kesesalan di kemudian hari kerana ketika itu kaum Melayu telah dipinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan.

Namun percayalah, puak-puak yang rakus mencari kuasa politik ini tidak akan mempedulikan itu semua Atas sebab itulah golongan ini perlu ditentang habis-habisan kerana mereka tidak layak berada di bumi Malaysia ini.

Justeru itu , Pada PRU akan datang orang Melayu seharusnya  bersatu demi bangsa Melayu demi survival bangsa  untuk generasi akan datang dan terus meletakkan sokongan kepada UMNO serta kerajaan Barisan Nasional sebagai wadah pemerintahan dalam Negara ini.

Wadah perjuangan ini bukan untuk Melayu, tetapi ianya adalah wadah untuk memastikan berbilang kaum dalam Negara ini terus dibela dan segala kepentingan kaum lain tidak dipinggirkan serta mengamalkan dasar toleransi yang dibina sebelum kerhadiran DAP.

Kehadiran DAP dalam politik sejak dulu hingga sekarang telah mengubah keharmonian diantara kaum dalam Negara ini dengan meletakkan kayu bersilang yang mudah untuk dinyalakan serta menghidupkan dasar perkauman tersembunyi atas nama berbilang kaum.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*