Anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Di Kelantan Ditahan Polis

Share This:

 

Seorang lelaki dikatakan ditahan polis di Kelantan berikutan memiliki 200 biji pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas- Salor, Kota Bharu, semalam.

 

Menurut sumber,lelaki tersebut dipercayai anak lelaki kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan.

 

Lelaki berusia 29 tahun yang dikatakan anak kepada wakil rakyat PAN itu ditahan 3.30 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan mengenai tangkapan itu.

 

Katanya, berlaku pergelutan antara polis dengan lelaki itu sebelum berjaya ditahan.

 

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya, pada hari ini.

 

Justeru, suspek dikatakan akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu ini.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*