Senator Mohon Maaf,Raba Pembaca Berita Tanpa Izin

Share This:

 

Niat ingin bergurau menjadi serius apabila foto tersebut sepatutnya menjadi kelakar tetapi tidak bagi pembaca berita yang dikenali sebagai Leeann Tweeden.

 

Pembaca berita stesen radio itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang senator pada 2006.

 

Mangsa, Leeann Tweeden berkata, Al Franken turut mencium mulutnya yang sedang tidur ketika kejadian.

 

Menurut sumber,ketika kejadian, Leeann dan Franken terlibat dalam aktiviti jelajah Organisasi Servis Bersatu (USO) bersama angkatan tentera Amerika Syarikat dan keluarga tentera.

 

Leeann dari stesen TalkRadio 790 KABS di Los Angeles dikatakan mendedahkan kejadian itu di laman syarikatnya, minggu ini.

 

“Anda mencium saya tanpa izin, meraba buah dada saya ketika saya sedang tidur dan orang rakam kelakuan anda,” kata Leean yang turut mendedahkan foto rakaman kejadian tersebut.

 

Menurut sumber, mengatakan pendedahan itu menyebabkan Franken tertekan.

Beliau juga mengeluarkan kenyataan permohonan maaf pendek, kelmarin.

 

Dalam kenyataannya, Franken mengatakan beliau tidak ingat mengenai kelakuannya ketika itu.

 

“Saya memohon maaf dengan ikhlas kepada Leeann. Mengenai foto itu, ia sepatutnya menjadi kelakar tetapi tidak. Saya tak sepatutnya berkelakuan sedemikian,” katanya.

 

Bagaimanapun, kenyataan permohonan maaf kedua turut dibuat dengan mengatakan beliau ‘tidak tahu apa yang berlaku dalam kepalanya’ ketika kejadian itu.

Sementara itu, dalam satu sidang media, Leeann mengatakan dia menerima permohonan maaf Franken.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*