Kelibat Misteri Dalam Rakaman Foto Anak Sebelum Kematian Bapa

Share This:

 

Setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing seperti mempercayai tentang kematian, roh dan alam ghaib.Termasuklah mempercayai kewujudan dewa maut ataupun malaikat maut.

 

Bagi penganut agama Islam, malaikat Izrail dikenali sebagai malaikat pencabut nyawa yang melakukan tugasnya mengikut ‘Kun Fa Ya Kun’ Allah swt.

 

Menurut sumber,di dunia Barat, mereka mempercayai ada makhluk yang ditugaskan mencabut nyawa manusia dari alam baka yang dinamakan Grim Reaper.

 

Seorang wanita telah berkongsi foto kelibat misteri yang kelihatan seolah-olah sedang menunggu untuk membawa bapanya ke alam akhirat beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.

 

Sharron Coll berjaya merakamkan foto itu sewaktu menjaga bapanya, Roy Crank yang sedang nazak di sebuah hospital di Doncaster, yang mana bapanya meninggal dunia kerana kanser usus pada tahun 2013.

 

Foto yang dirakam beberapa jam sebelum Crank menghembuskan nafas terakhir menunjukkan kelibat bayang-bayang gelap sedang membongkok sambil memegang buku.

 

Tambahnya lagi, ia juga kelihatan seperti burung gagak hitam.

 

“Saya sedang menjaga bapa saya dan tiba-tiba dia asyik menunding jarinya ke arah luar.

 

“Bapa saya tidak boleh bercakap dengan baik, jadi dia tidak dapat menjelaskan apa yang dilihat. Namun, dia kelihatan takut,” katanya.

 

Ujar Coll, pada mulanya dia menyangka bapanya berkelakuan pelik kerana kesan pengambilan ubat.

 

Namun, dia terkejut melihat figura misteri itu sewaktu keluar dari tandas.

 

Dia yang ketakutan bagaimanapun masih sempat merakamkan foto.

 

Menurut Coll, bapanya meninggal dunia beberapa jam sebelum selepas foto itu dirakam.

 

“Biasanya, burung gagak membawa tanda kematian,” ujar Coll.

 

Jelasnya, dia semakin takut kerana abangnya mendakwa imej dalam foto itu kelihatan seperti Grim Reaper (dewa kematian).

 

 

 

 

Coll turut mendedahkan dia sering melihat roh semenjak dia berusia lima tahun. Namun, kejadian itu agak menakutkan dirinya.

 

“Bila saya lihat betul-betul, nampak seperti ia sedang berdoa di atas buku.

 

“Sebenarnya nampak macam sami, bukan seperti Grim Reaper,” ujarnya lagi.

 

Wanita berusia 34 tahun itu menganggap perkongsiannya adalah untuk memberitahu bahawa terdapat sesuatu akan menunggu setelah orang kesayangan kita meninggal dunia.

 

“Bila saya lihat foto itu, saya tersenyum. Saya tahu ada seseorang menunggu untuk membawa bapa saya ke alam lain,” ujar Coll.

 

Dalam pada itu, bapa Coll yang pada mulanya merahsiakan penyakitnya meninggal dunia tiga bulan selepas disahkan menghidap kanser usus.

 

Tambahnya lagi, bapanya tidak pernah mempercayai perkara ghaib walaupun dia pernah merakam imej misteri menggunakan kameranya sebelum ini.

 

Bagaimanapun,kisah yang dinyatakan merupakan dasar dari kepercayaan agama masing-masing.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*