DAP Sedang Meracun Akar Rumpun Melayu Untuk Menumbangkan Pokoknya

Share This:

Secara dasarnya umum mengetahui bahawa semakin kuat ancaman yang diberikan terhadap satu satu bangsa secara ironinya  itu juga  semangat nasionalis  yang tersimpan didalam diri juga kan  bergerak pantas disetiap aliran darah dan gerakan sendiri diri.

Kemuncak semangat nasionalis ini akan berada diruang dan segenap sudut anggota apabila  satu satu bangsa  merasakan bahawa  bangsa mereka sedang terancam dan diancam secara fizikal dan semulajadi atau psikologi.

Hal ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu sedang ditindas  dengan tidak semena-mena ada  semangat yang baru bangun mempertahankannya. Semangat yang datang itu lahir bukan atas desakan tetapi ianya lahir secara semulajadi terhasil dari dalam diri bangsa tersebut.

Kemuncaknya apabila bangsa tersebut berasa bimbang terhadap wujudnya persaingan daripada bangsa lain yang boleh mengancam kewujudan bangsa itu dalam tanah airnya. Perjuangan dalam memastikan kepentingan bangsa Melayu itu terus dipertahankan dalam apa cara sekali pun.

Dalam hal ini peranan  pemimpin-pemimpin Melayu boleh menggelorakan semangat nasionalisme Melayu tersebut secara meningkatkan rasa kebimbangan bangsa Melayu terhadap kewujudan ancaman  dari kaum-kaum lain yang boleh mengancam eksistensi bangsanya dalam negara kita secara nyata dan tersembunyi yang  akan menidakkan hak hak bangsa Melayu di Malaysia.

Sebagai  jaminan hal-hal yang berkaitan dengan  keistimewaan bangsa Melayu  seperti yang termaktub dalam Perlembagaan terhasil daripada kekentalan semangat nasionalisme Melayunya yang terbukti kalis hentaman dan tahan diuji.

Maka dengan itu kita dapati, selain daripada hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perkara 153, perkara-perkara lain yang menyangkut mengenai ketuanan Melayu seperti kedudukan institusi beraja (Perkara 181), kedudukan bahasa Melayu (Perkara 152) dan agama Islam (Perkara 3) turut termaktub berkat daripada semangat nasionalisme Melayu yang terbukti kalis hentaman dan tahan diuji tersebut.

Malah, Perkara 153 itu masih kekal sehingga kini dan tidak dikaji semula (selepas tempoh 15 tahun) Malaysia mencapai kemerdekaan sebagaimana yang terangkap dalam draf awal Suruhanjaya Reid), turut merupakan berkat daripada semangat nasionalisme Melayu yang kental terjelma dalam bentuk perpaduan dan kelompakan Melayu pada ketika itu.

Hari ini, semua yang tercatit dan dimenterai didalam Perlembagaan Persekutuan itu sedang dicabar dengan sokongan bangsa Melayu yang bersama sama DAP diwaktu ini. Cabaran ini bukan dilakukan dengan cara tidak sengaja malah ianya merupakan satu perancangan jahat dimana akan menimbulkan kekeruhan diantara kaum dalam Negara ini.

Sebenarnya, sudah acap kali puak-puak DAP Chauvanis  diperingatkan supaya tidak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu tetapi semua itu tidak diendahkan. Sebaliknya dari semasa ke semasa demi mencapai cita-cita dan matlamat politik kelompok tersebut berterusan mencabar perkara berkenaan tanpa ada  rasa bersalah membangkitkan isu berkaitan Islam dan kedaulatan Negara.

Pada masa yang sama juga adalah sesuatu yang malang kerana orang Melayu terpaksa berhadapan dengan individu dalam kalangan mereka sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan cita-cita mereka tercapai.

Kelompok seumpama itu sudah tidak lagi memikirkan kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam. Mereka akan menggadaikan apa sahaja dan sesiapa juga yang cuba mempertahankan ketuanan atau keistimewaan Melayu akan dianggap rasis.

Segala-galanya kerana mereka ingin merebut kuasa politik dan mencari pengaruh daripada kaum lain. Kegelojohan dan kerakusan ini akhirnya akan memberikan kesan yang amat buruk kepada orang Melayu.

Perasaan hormat terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan umat Islam dengan sendirinya akan luntur akibat daripada perbuatan orang Melayu sendiri. Justeru adalah tidak keterlaluan jika dikatakan, kelompok yang berbuat demikian dengan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu bukan sahaja menderhaka malahan mengkhianati bangsa sendiri.

Apa yang anehnya, kelompok ini akan berasa marah apabila dianggap pengkhianat, sebaliknya akan memberi seribu satu alasan bagi mempertahankan tindakan mereka. Tetapi semua orang Melayu maklum mengenai kerakusan berpolitik mereka. Apa yang mereka inginkan hanyalah kuasa. Puak inilah juga memutar-belitkan fakta sewenang-wenangnya termasuklah mewujudkan tafsiran baru mengenai ketuanan Melayu.

Untuk jangka masa yang panjang bangsa Melayu  akan menghadapi kesesalan di kemudian hari kerana ketika itu kaum Melayu telah dipinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan. Namun percayalah, puak-puak yang rakus mencari kuasa politik ini tidak akan mempedulikan itu semua.

Oleh itu, kepada puak tersebut, janganlah terlalu ghairah melihat segala-galanya dari sudut politik, jika tidak mahu dianggap sebagai penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa sendiri. Orang Melayu seharusnya sedar bahawa puak DAP yang ada dan sedang bermuka muka itu sedang meracun rumpun Melayu yang sedang berdiri tegak di Malaysia.

Atas sebab itulah golongan ini perlu ditentang habis-habisan kerana mereka tidak layak berada di bumi Malaysia ini. Ia kerana perjuangan seumpama itu bukan sahaja akan merugikan orang Melayu, malahan akan turut mengancam kestabilan kaum lain.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*