“Bertudung Tidak Dapat Peluang Kerja, Ini Tidak Betul”-MB Razif

Share This:

 

 

Isu larangan bertudung menjadi satu perbincangan pada hari ini berikutan kenyataan Presiden Persatuan Hotel Malaysia Cheah Swee Hee baru-baru ini yang mendakwa bahawa larangan pemakaian tudung bagi pekerja di barisan hadapan hotel adalah berdasarkan SOP antarabangsa.

 

Menurut sumber,Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengecam tindakan syarikat berkaitan yang tidak mahu mengambil pekerja yang bertudung di dalam negara ini.

 

Katanya, tindakan itu sama sekali mengarut kerana tidak menghormati perlembagaan negara ini dan ianya sudah termaktud dan jelas menyatakan Islam adalah agama rasmi Malaysia.

 

‘Ini diperuntukkan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ’Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan…’, Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (Perkara 3(1))’

 

‘Dalam soal ini, bertudung tidak dapat kerja…. ini tidak betul dan tidak menghormati Agama Islam di negara kita” ‘Didalam negeri ini (Terengganu) kita telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemeriksaan kepada semua hotel-hotel berkaitan perkara ini dan jika ada kita (kerajaan negeri) tiadak benarkan beroperasi dan akan memberi amaran keras kepada mereka’, katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu petang ini di Stadium Negeri disini.

 

Turut bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk wira Mas Ermieyati Samsudin, Ketua UMNO Bahagian Marang YB. A. Latiff Awang, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Zahida Zarikh Khan dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu Erni Salwani Saidi.

 

Sehubungan dengan itu, beliau turut memberi contoh negera Iceland yang membangunkan negera mereka dengan acuan komuniti dan kerajaan Iceland transformasi mengikut mereka.

 

Katanya lagi, kita membina negara kita dengan acuan kita, apa yang pasti hari ini kita mengikut acuan kita dengan membela serta mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita.

 

‘Mereka harus menghormati dengan apa yang termaktud dalam perlembagaan kita hari ini dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama dan kaum’, ujarnya lagi.

sumber:terengganutimes

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*