SIS Berjuang Hak Asasi Manusia Tetapi Masih Berdiam Diri Isu Larangan Bertudung

Share This:

 

Bau-baru ini,MAH dalam satu kenyataan dikatakan mempertahankan tindakan industri perhotelan negara yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, sambil menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

 

Presiden MAH, Cheah Swee Hee berkata, setiap hotel, terutama hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

 

Sehubungan itu,pengamal undang-undang, Aidil Khalid dikatakan mempersoal pendirian puak feminis yang masih berdiam diri berhubung isu larangan bertudung, yang kononnya selama ini memperjuang hak asasi manusia.

“Sisters In Islam yang kononnya pejuang feminis dan hak-hak wanita, masih senyap sepi dalam isu diskriminasi terhadap wanita bertudung ini.

 

“COMANGO yang baru beberapa bulan yang lalu membuat perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan kononnya hak sama rata terhadap wanita pun, masih membisu seribu bahasa.

 

“Tidak berdecit walau sepatah berkenaan tindakan biadab wakil Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee, yang mengatakan larangan menutup aurat adalah kononnya mengikut piawai antarabangsa.

 

“Bahkan BEBAS yang mottonya adalah “sekular dan saksama” pun masih belum mengeluarkan sebarang kecaman terhadap polisi yang sama sekali tidak saksama ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

 

Justeru,di manakah perjuangan SIS dalam islam membiarkan diskriminasi seperti itu berlaku di negara ini yang sepatutnya menjadikan agama Islam ini sebagai agama rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*