Sebenarnya, Berapa Ramai Ahli PPBM?

Share This:

Secara logiknya, untuk menunjukkan kekuatan sebenar sesebuah parti politik akan dinilai dari sudut jumlah keahlian. Ianya bukan sekadar hanya berani tampil kehadapan atau diterajui oleh tokoh-tokoh terkenal semata-mata. Tanpa keahlian yang ramai, sukar untuk sesebuah parti politik itu bertahan untuk jangka masa yang lama.

Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sejak ditubuhkan pada September tahun lalu, sehingga kini, tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi PPBM berani tampil kehadapan untuk mededahkan jumlah sebenar ahli parti berkenaan. Jika ada sekalipun, ianya hanyalah khabar angin yang menjadi tular di dalam media sosial semata-mata.

Menurut khabar angin yang tular di media sosial, jumlah anggaran jumlah keahlian PPBM sejak parti berkenaan ditubuhkan adalah seramai 29 ribu orang. Namun angka ini tidak dapat disahkan dengan lebih tepat kerana PPBM sendiri seolah-olah merahsiakan jumlah keahlian parti berkenaan.

Lebih menarik, sekitar September lalu, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan jumlah sebenar ahli PPBM kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu, hari Selasa yang dimaksudkan Syed Saddiq pada bulan September lalu sudah bertukar ganti dan sehingga November, Syed Saddiq tidak pernah mengeluarkan angka rasmi jumlah keahlian parti berkenaan.

Jika kita mengambil kira jumlah 29 ribu orang seperti yang menjadi tular bulan lalu, jika ditolak dengan jumlah ahli PPBM yang meninggalkan parti berkenaan yang dianggarkan sekitar 8 ribu orang, ini bermakna, jumlah terkini ahli PPBM adalah sekitar 20 hingga 21 ribu orang sahaja. Jumlah ini termasuk mereka yang sedang menunggu masa untuk meninggalkan parti ini.

Melihat kepada angka ini, jika diambil dari konteks keahlian seluruh negara, dianggarkan sekitar 1,500 orang sahaja ahli PPBM diseluruh 14 buah negeri di Malaysia. Tidak hairanlah apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan alasan bahawa kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat agung mereka yang pertama adalah disebabkan struktur utama parti berkenaan yang masih belum teratur.

Bagaimana mahu teratur kerana keadaan semasa parti ini juga sedang retak menanti belah. Justeru, seandainya ada diantara kita mendakwa PPBM bakal menjadi parti dominan di dalam Pakatan Harapan, renungkan sejenak jumlah ahli mereka. Malah, dengan hanya 1 kerusi Parlimen, itupun hasil pembelotan, mana mungkin Lim Kit Siang ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan parti ini menerajui Pakatan Harapan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*