Rumah Usang Nelayan Port Dickson Dibaiki Hasil Bantuan MAINS dan Putera MIC

Share This:

Kelompok golongan muda dalam MIC terus membuktikan bahawa mereka terus konsisten dalam program turun padang bertemu rakyat, menghulurkan bantuan dan kali ini mereka berjaya membantu seorang penduduk memperbaiki rumahnya dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Rumah seorang nelayan di Kampung Paya Port Dickson, Encik Hishammuddin menjadi perhatian Ketua Putera MIC Bahagian Rasah, Dineshwaran T Rajagopalu yang turun padang bertemu dengan beliau memaklumkan kepadanya bahawa pihak MAINS akan membaiki rumahnya yang sudah usang.

Rumah beliau yang sebelum ini dibina dengan papan sudah diperbaiki dengan diganti dengan batu-bata yang kelihatan lebih kukuh dan kemas sekaligus menjadikan kehidupan Encik Hishamudin dan keluarganya lebih baik.

Keadaan rumah berkenaan selepas diperbaiki juga semakin kukuh dengan dinding baru berkenaan.

Sebelum
Selepas

“Saya mengucapkan amat terima kasih kepada pihak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di atas bantuan oleh pihak MAINS untuk kerja-kerja membaiki rumah yang benar-benar membantu penduduk menjalani kehidupan yang lebih selesa.

“Kami juga memberikan sedikit barangan keperluan harian dan memberikan kepada Hishamudin beberapa peralatan untuk menangkap ikan dan ketam.

“Beliau mencari rezeki sebagai nelayan dan menyara empat orang anak dengan tiga daripadanya masih bersekolah sementara isterinya, seorang suri rumah,” katanya.

Selain itu, Dineshwaran semalam juga meluangkan masa bertemu penduduk yang kurang berkemampuan yang tinggal di Jalan Batu 2, Port Dickson, Norazah Ahmad, 51 tahun yang tinggal dengan dua adik-beradiknya.

“Saya memberikan bantuan berupa barangan keperluan harian dan akan berusaha mendapatkan bantuan untuk membantu memperbaiki rumah mereka,” kata Dineshwaran.

Dalam kunjungan yang penting itu, Presiden Persatuan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan Mohd Aryan Kailash dan Timbalan Putera MIC Bahagian Rembau Ravindran turut bersama-sama membantu.

Selain itu, Dineshwaran yang juga Penasihat Putera MIC Bahagian Teluk Kemang turut mengunjungi rumah Puan Sanguthala, 52 tahun yang tinggal dan bekerja di Estet St Leonard, Port Dickson.

“Anaknya, Yugendran telah menerima sebuah netbook yang akan diserahkan untuk adiknya Uma Mageswari yang sedang melanjutkan pelajaran sebagai guru.

“Ibunya pernah bertemu saya dalam kunjungan terdahulu ada menyuarakan permintaan untuk saya membantu mendapatkan netbook kerana saya pernah memberikan beberapa netbook tahun lepas kepada 20 orang kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah tetapi pada masa itu, beliau tidak sempat bertemu saya.

“Dia bertanya kepada saya berkenaan bantuan itu, jadi saya berjaya mendapatkan netbook itu yang diserahkan kepada anak lelakinya untuk diberikan kepada adiknya,” kata Dineshwaran.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*