Polis Siasat Sumber 46 Juta Data Peribadi Bocor

Share This:

Susulan lebih 46 juta data peribadi pelanggan syarikat telekomunikasi dilaporkan bocor, pihak polis telah mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap sumber yang bertanggung jawab.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kebocoran data itu berlaku semasa proses transaksi penukaran data oleh pihak yang mengambil kesempatan.

“Ini berlaku semasa ada satu syarikat yg terlibat ini dalam membuat pemindahan data itu, mungkin ada dalam kalangan kakitangan mengambil kesempatan daripada transaksi yang berlaku.

“Data ini melibatkan syarikat komunikasi, jadi kita sedang bekerjasama dengan semua penyedia perkhidmatan berkaitan untuk kenal pasti punca kejadian ini berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pun begitu, motif atau tujuan suspek membocorkan maklumat itu masih tidak boleh didedahkan pada ketika ini.

Kini pihaknya sedang bekerjasama dengan SKMM berhubungan hal tersebut.

Dalam masa yang sama beliau menafikan kebocoran maklumat itu dibuat oleh sindiket.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*