Pendapatan Pengiklanan Digital Dicukai?

Share This:

Selari dengan era digital, laman media sosial turut menempatkan diri sebaris dengan media massa yang lain dalam mengaut keuntungan melalui pendapatan pengiklanan.

Penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, Blog, Youtube, Waze dan lain-lain aplikasi mudah alih mendominasi pengiklanan secara digital. Kebanyakan pemilik platform dalam talian ini mempunyai pengikut (follower) yang ramai dan mampu menjadikan mereka sebaris dengan media massa popular yang lain.

Meraih dari populariti yang diperolehi, kesempatan seperti ini dilakukan untuk menawarkan pengiklanan digital kepada pihak yang ingin menyiarkan iklan mereka. Bentuk pengiklanan meliputi gambar, secara langsung (live) ataupun berbentuk video.

Manakala kadar bayaran pengiklanan digital adalah bergantung kepada populariti dan interaktifnya iklan yang akan dikeluarkan. Kebiasaannya kadar bayaran untuk pengiklanan melalui medium dalam talian ini bermula serendah RM20 sehingga mencecah RM 10,000 untuk satu iklan yang ditayangkan.

Oleh yang demikian, pemilik platform yang menjalankan urusniaga pengiklanan digital perlu mempunyai rekod transaksi yang dikemaskini dengan baik serta mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kenyataan media LHDNM telah menyatakan bahawa isu bayaran pengiklanan digital akan ditentukan berdasarkan fakta sesuatu kes dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pada masa yang sama, setiap kes jika berkenaan akan dinilai berdasarkan fakta kes tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi itu merupakan bayaran royalti atau bayaran perkhidmatan dan sama ada tertakluk kepada Cukai Pegangan, atau lain-lain kategori pendapatan.

Penilaian kes meliputi kajian ke atas terma perjanjian, bentuk transaksi sebenar yang dijalankan dan lain-lain elemen yang tidak akan diperolehi secara semakan umum.

Mana-mana pembayar cukai yang mempunyai pertanyaan khusus berhubung isu pengiklanan digital ini adalah dinasihatkan supaya merujuk terus kepada Jabatan Dasar Percukaian, LHDNM. Satu panduan rasmi juga akan dimuatnaik di Portal Rasmi LHDNM dalam masa terdekat ini sebagai rujukan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*