Najib Lawat Anwar Di HKL

Share This:

HARI ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor membuat kejutan dengan melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Najib memuatnaik gambar lawatan itu di akaun twitter rasminya.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.

Anwar kini dirawat selepas menjalani pembedahan di bahu Ahad lalu.

Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih.

Anak lelaki Anwar Muhammad Ihsan mengucapkan terima kasih kepada Najib dan Rosmah atas kunjungan mereka, serta semua kakitangan HKL yang merawat bapanya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kerajaan agar mempertimbangkan ayah kami dibenarkan untuk berada di kemudahan perubatan di luar penjara untuk menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Kecederaan bahu Anwar berpunca daripada kemalangan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 2014.
Kecederaan itu pada mulanya dirawat melalui senaman dan fisioterapi, tetapi keadaan dalam penjara menyukarkannya untuk meneruskan rutin itu.

Keluarga Anwar berkata beliau mula merungut keadaannya semakin memburuk pada Disember tahun yang sama.

Keadaan Anwar kemudian semakin buruk selepas beliau terlibat dalam kemalangan pada 22 September.

Ketika itu, beliau dalam perjalanan dari HKL untuk pulang je penjara, apabila kereta pengiring melanggar bahagian belakang kereta yang dinaikinya.

Sikap bertolak ansur dan penuh berhemah Najib bukan lagi rahsia. Budi pekerti beliau sememangnya amat terpuji.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*