Mourinho Pindah Ke PSG ?

Share This:

PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho akhirnya ‘buka mulut’ berhubung dakwaan dia akan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim depan.

Jurulatih kelahiran Portugal itu menafikan dia akan ke PSG seperti yang didakwa sejak seminggu lalu.

PSG ketika ini dilapor menjadikan dua jurulatih dari Liga Perdana Inggeris sebagai sasaran untuk menggantikan Unai Emery.

Mereka ialah Jose Mourinho dan Anotonio Conte.

Daily Star mendakwa, Mourinho bagaimanapun telah memberitahu Ketua Eksekutif United, Ed Woodward dalam mesyuarat mingguan untuk kekal bersama kelab berkenaan.

Mourinho telah menandatangani kontrak selama tiga tahun pada musim lalu dan berjaya memenangi dua piala.

Bagaimanapun PSG cuba mendapatkan Mourinho apabila jurulatih tersebut dilapor enggan menandatangani kontrak baharu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*