Majikan Bebas Tentukan Peraturan Larangan Bertudung-Siti Kasim

Share This:

 

Baru-baru ini isu larangan bertudung menjadi satu diskriminasi apabila kenyataan Presiden Persatuan Hotel Malaysia Cheah Swee Hee yang mendakwa bahawa larangan pemakaian tudung bagi pekerja di barisan hadapan hotel adalah berdasarkan SOP antarabangsa.

 

Menurut Peguam Kontrversi Siti Kasim, golongan majikan bebas untuk menentukan peraturan tidak mengambil perempuan bertudung bekerja dengan mereka.

 

Menurut sumber,Siti Kasim berkata, “Sebanyak mana umat Islam mempunyai kebebasan untuk memakai tudung, mana-mana majikan juga mempunyai kebebasan untuk mengambil pekerja dan menentukan peraturan sewajarnya.

 

Begitulah yang saya lihat.” Baru-baru ini umat Islam Malaysia meluahkan ketidakpuasan hati mereka dan mahu melancarkan kempen boikot kerana kecewa dengan tindakan para pengusaha hotel yang bertegas untuk kekal enggan menggajikan golongan Muslimah yang bertudung kononnya atas alasan sudah menjadi polisi perhotelan di seluruh dunia.

 

Menurut Siti Kasim, “Bagi mereka yang rasa polisi ini akan menyingkirkan Melayu Muslim, fikirkan sebegini, tiada undang-undang negara ini yang mengatakan bahawa semua perempuan Muslim wajib memakai tudung. Tidak ada. Kosong.”

 

“Sekiranya Melayu Muslim dipaksa oleh undang-undang untuk memakai tudung, barulah ini dikira sebagai diskriminasi kerana tiada pilihan bagi mereka.”

 

“Jadi, pemakaian tudung adalah pilihan diri sendiri. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau kerana tekanan daripada luar, masih lagi pilihan mereka sendiri. Jadi, itu adalah pilihan mereka.”

 

“Peraturan untuk tidak mengambil perempuan bertudung adalah milik syarikat. Itu hak prerogatif mereka,” tegasnya lagi. Sebelum ini, Siti Kasim pernah mendakwa bahawa terdapat golongan yang memanipulasi maksud al-Quran bagi mewajibkan golongan wanita untuk menutup keseluruhan tubuh mereka sedangkan tiada perintah sedemikian wujud dalam al-Quran.

 

“Tidak ada sebarang perkataan dalam al-Quran yang memerintahkan golongan wanita untuk menutup keseluruhan tubuh mereka.”

 

“Mereka yang mendakyahkan peraturan yang bertentangan dengan Quran ini gagal menjumpai mana-mana perkataan dalam al-Quran sebagai hujah bagi sifat ekstrim ini, jadi mereka manipulasi pelbagai perkataan dalam 24:31 dan 33:59 sebagai hujah bagi menyokong pendustaan ini,” dakwanya lagi.

 

Justeru,beliau seolah-olah menyokong larangan bertudung itu menjadi SOP antarabangsa dan tidak menghormati umat islam di negara ini,maka majikan pula bebas melakukan peraturan mereka untuk memberi syarat tidak bertudung sekiranya mahu diterima sebagai pekerja.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*