Kereta Formula 1 Ferrari 2001 Michael Schumacher Dijual RM31.2 Juta

Share This:

Kereta Formula Satu (F1) Ferrari dipandu Michael Schumacher ketika meraih Kejuaraan Kategori Pemandu pada 2001 dijual pada AS$7.5 juta (RM31.2 juta) di New York, Amerika Syarikat, semalam.

Sotheby’s berkata, harga itu mencatatkan rekod lelongan bagi kereta F1 era moden. Bidaan bagi kereta itu ditawarkan dengan cepat dan tidak lama sebelum jangkaan $4 juta hingga $5 juta dilepasi.

Lelongan kereta itu juga yang paling menguja berbanding barangan lain yang ditawarkan.

Sotheby’s berkata, keputusan menawarkan kenderaan buat pertama kali dalam lelongan seninya terbukti popular.

Naib Presiden Kanan Sotheby’s, Gregoire Billault berkata, ia kereta lumba terbaik yang dilelongkan.

Schumacher memandu kereta F1 itu pada 2001 sekaligus meraih Kejuaraan Kategori Pemandu keempat.

Kereta itu turut membawa kemenangan Kejuaraan Kategori Pengeluar ke-11 untuk Scuderia Ferrari pada tahun itu.

Bagaimanapun, legenda Jerman itu tidak kelihatan sejak mengalami kecederaan kepala akibat kemalangan ski pada 2013.

Rekod tujuh Kejuaraan Kategori Pemandu dan 91 kemenangan perlumbaan Schumacher masih kekal sehingga ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*