Husam, PAS Dan Mahkamah

Share This:

KINI isu bangunan Wisma Tok Guru di Salor menjadi medan untuk PAS dan PAS menunjukkan kekuasaan masing-masing di Kelantan. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa masih mahu berebut dengan PAS walaupun tanah tapak bangunan tersebut kini secara total adalah milik PAS.

Umpamanya pendatang haram datang bina rumah di negara kita. Adakah kita akan menghalau mereka atau pun mereka tetap berhak terhadap harta tersebut hanya kerana mereka membina rumah walaupun atas tanah yang bukan milik mereka?

Sebenarnya, kita boleh lihat, Husam sedang mencabar kewibawaan PAS dalam isu yang cukup mudah ini. Adakah PAS bakal gagal mempertahankan tanah tersebut atau Husam berjaya mendabik dada berjaya merampas tanah PAS?

Apa yang jelas ini adalah “peperangan” antara DAP dan PAS dengan menggunakan PAN sebagai alat atau medium semata-mata.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menolak permohonan injunksi Husam terhadap pemilik tanah yang menempatkan Pusat Khidmat ADUN Salor untuk menghalang daripada menggunakan tanah dan bangunan tersebut.

Keputusan itu sekali gus membenarkan PAS meneruskan rancangan untuk mengadakan majlis kesyukuran dan solat hajat yang akan berlangsung malam ini. Husam pula menegaskan PAS tidak boleh menceroboh bangunan Wisma Tok Guru di Salor.

Inilah yang dimaksudkan oleh DAP yang menggunakan Melayu untuk “screw” Melayu. DAP mempergunakan PAN untuk “screw” PAS. Kini terpulang kepada rakyat Kelantan samada mereka rela membiarkan DAP dengan agenda Melayu “screw” Melayu atau pun tidak.

Pilihan Raya Umum ke 14 di Kelantan bakal melihat pertembungan sengit diantara Parti Amanah Negara(PAN) yang diilhamkan oleh DAP dan Parti PAS yang telah lama memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Rakyat Kelantan secara umumnya mengetahui bahawa Parti PAS gagal membawa kemajuan di negeri tersebut. Malah Rakyat Kelantan juga tahu bahawa pemimpin kanan PAN juga merupakan pemimpin yang gagal membangunkan Kelantan ketika mereka berada dalam PAS.

Secara relatifnya PAS dan PAN tidak banyak perbezaannya. Mereka sama-sama gagal. Cuma PAN ini dikatakan ditaja oleh DAP semata-mata untuk membalas dendam terhadap PAS.

Satu elemen penting dalam diri seorang pemimpin iaitu keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat tidak pernah ada dan wujud dalam kedua-dua parti ini. Mungkin sudah sampai masanya rakyat Kelantan memilih UMNO pula sebagai kerajaan memandangkan DAP tidak pernah mampu menjadikan UMNO sebagai alat politik mereka.

DAP tidak akan mampu menjadikan UMNO sebagai alat untuk “screw” Melayu. Malah Mahathir pun dilihat gagal menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut sumber, Mahathir  mahu mempergunakan UMNO bagi membawa harta beliau yang dikatakan bernilai berbilion ringgit dari luar negara.  Jika gagal maka harta-harta tersebut dikatakan akan dikendurikan oleh proksi-proksi dan kroni-kroni beliau.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*