Bayi 18 Bulan Dirogol Berulang Kali Oleh Rakan Bapa

Share This:

 

Tergamak seorang lelaki dipercayai rakan sekerja bapanya yang tidak ada sifat kemanusiaan apabila merogol seorang bayi berusia 18 bulan.

 

Bayi tersebut dikatakan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di India selepas dirogol berulang kali.

 

Menurut sumber,bayi malang itu dirogol pada Isnin lalu dan ditemui berlumuran darah oleh ibunya. Bayi berkenaan ditinggalkan kepada suspek yang merupakan rakan keluarganya.

 

Keadaan bayi perempuan itu kini kritikal. Menurut laporan polis, bapa mangsa telah meminta rakan sekerjanya, Rai untuk menjaga anaknya ketika dia keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan.

 

Insiden itu hanya diketahui selepas ibu bayi berkenaan balik ke rumah dan mendapati anaknya menangis dengan dipenuhi darah.

 

Ketika itu, Rai ada di dalam rumah tersebut. Si ibu kemudiannya mengunci Rai dalam bilik dan terus menghubungi suaminya.

 

Pada masa sama, dia juga menghubungi polis. Bayi itu dikejarkan ke hospital dan disahkan telah dirogol. Ibu bapanya juga tidak dibenarkan bertemu dengan anak mereka.

 

“Saya tidak dibenarkan bertemu dengan anak saya dan kini kami dimaklumkan dia berada dalam keadaan kritikal,’’ kata bapa bayi tersebut.

 

Bagaimanapun, Rai kini telah ditahan dan akan didakwa atas merogol bayi berusia 18 bulan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*