Zlatan Janji Jadi Lebih Bagus

Share This:

ZLATAN Ibrahimovic terkenal dengan sikapnya yang gemar memberi kenyataan berani.

Dia sekali lagi berbuat begitu ketika bercakap kepada laman web Sweden, Fotbollskanalen dengan mendakwa dia akan menjadi lebih bagus daripada sebelum ini apabila kembali daripada kecederaan.

“Saya akan kembali dan menjadi lebih bagus dan kuat berbanding sebelum mengalami kecederaan.

“Itu sasaran saya dan ia akan berlaku, tiada pilihan lain.

“Ia bukan satu pilihan untuk kembali dan hanya bermain dengan bola. Itu main satu kaki pun boleh.

“Tidak, saya akan kembali malah lebih bagus,” kata bintang Sweden itu.

Ibrahimovic cedera teruk di ligamen pada musim lalu tetapi dijangka kembali beraksi sama ada pada Krismas atau Tahun Baharu selepas Manchester United melanjutkan kontraknya setahun.

Musim lalu pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan sebanyak 28 gol dalam semua pertandingan sehingga kami tidak sabar untuk melihat versi “lebih bagus” Zlatan. – Le Buzz

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*