[VIDEO] Panorama Indah Di Laluan Jejambat Paling Gayat Di Malaysia

Share This:

 

Laluan alternatif yang akan menghubungkan Rawang ke Serendah dibina merentasi kawasan hutan tebal yang merupakan habitat pokok Giam Kanching iaitu sejenis pokok yang unik dan jarang didapati di dalam hutan di seluruh dunia.

 

Oleh itu, setiap batang pokok Giam Kanching yang terbabit dengan penebangan telah diselamat dan dialihkan ke tempat lain tanpa memusnahkannya.

 

Cukup banyak maklumat yang dikutip daripada pelbagai sumber telah dilaporkan di Internet mengenai laluan alternatif yang dinanti-nantikan ini.

 

Menurut sumber dalaman berkata,selain laporan mengenai isu kelewatan yang berpunca daripada pelbagai faktor, projek yang menelan belanja lebih RM600 juta ini dikatakan  menjadi bualan ramai khususnya berkaitan ketinggian struktur binaannya.

 

Bagi penduduk Rawang dan kawasan sekitar termasuk pengguna yang berulang-alik dari Batang Kali dan Serendah ke pusat bandar Kuala Lumpur, anda pastinya sedar mengenai hal ini.

 

Ya, memang benar kami akui jalan pintas Rawang atau Rawang Bypass ini cukup tinggi dan menggayatkan!

 

Sungguhpun berpeluang memandu berulang kali di laluan yang memintas bandar Rawang itu, perasaan ‘kecut perut’ sentiasa muncul tiap kali melaluinya.

 

Menurut sumber,bukan itu saja, pengalaman berdiri dan berlegar-legar di atas jejambat pada kedudukan tiang paling tinggi iaitu 58 meter dari aras bumi cukup mendebarkan, lebih-lebih lagi tatkala memandang ke bawah.

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai tahap keselamatan jejambat di atas tanah paling tinggi di Malaysia ini.

 

Jawapannya mudah, daripada keseluruhan panjang laluan ini iaitu 21.5 kilometer, hanya 2.7 kilometer dikategorikan sebagai jejambat.

 

Jadi, selepas mengambil kira aspek geometri dan rekabentuk jalan iaitu kecerunan kurang daripada tujuh peratus, jajaran ini sesuai dipandu dengan kelajuan 80 kilometer/jam.

 

Oleh itu pengguna digalakkan untuk menikmati panorama indah di sepanjang laluannya berbanding memandu melebihi had laju dan berbahaya bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

 

Ternyata ia binaan yang boleh membuka mata ramai terhadap usaha kerajaan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas dan pada masa sama memelihara eko sistem di kawasan sekitarnya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*