Tular Kahwin Sejenis, Polis Akan Siasat

Share This:

Susulan perkahwinan sejenis melibat dua lelaki yang dikatakan dari Tawau yang tular di media sosial, pihak polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus  berkata pihaknya akan memanggil kedua-dua lelaki tersebut untuk diambil keterangan.

Dia berkata lagi, siasatan itu dilakukan susulan polis menerima dua laporan masing-masing di Tawau dan Kota Kinabali.

Selain itu, siasatan turut melibatkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenalpasti pemilik akaun Facebook berkenaan.

Sebelum ini Pengerusi Persatuan Bela Belia Tawau (PEMBELA), M Shamry Sani ada membuat laporan berhubung perkara yang sama.

Shamry membuat laporan polis kerana tindakan perkahwinan sejenis itu adalah tidak wajar dan tidak bermoral selain dilarang di negara ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*