Tiga Beranak Dibunuh Kejam

Share This:

KOTA BHARU: Tiga beranak mati dibunuh, dipercayai kerana dendam di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab Rabu petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2. 30 petang itu, seorang lelaki, Kha Ng Ni, 42, ditemui di bahagian luar pintu utama dalam keadaan mayatnya tertiarap dengan kesan tiga tikaman di dada.

Menurutnya, dua lagi mangsa ditemui di ruang dapur iaitu Chu Joo Siok, 37, yang merupakan isteri Ng Ni dalam keadaan terduduk, manakala seorang lagi Kha Zee Hanz, 13, ditemui di kawasan tengah rumah dengan kecederaan di belakang leher, dipercayai dihentak dengan senjata tumpul.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang merupakan anak tuan rumah terbabit, Kha Xing Rhuu, 15, terselamat dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan kes terbabit bermotifkan dendam ekoran suspek dikenal pasti, merupakan pekerja mangsa yang merupakan pembekal barangan perkakasan rumah.

“Dipercayai juga suspek bergelut dengan mangsa sebelum membunuh dan melarikan diri dengan van milik mangsa selepas kejadian.

“Kita siasat dari segala sudut dan jalankan siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.-Sinar Harian

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*